Tuesday 19 August 2008

Percaya atau tidak, gambar yang kalian lihat dibawah adalah antara pencakar langit yang terdapat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu...

Ya, siapa sangka, negara yang terkenal dengan jolokan padang pasir dan suhu kepanasan yang tinggi boleh membangun sedemikian rupa... Begitu pesat pembangunan di Dubai sehingga kita tidak sedar bahawa bandar itu sudah menjadi seperti sebuah bandar moden yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi...

Dahulunya, tiada apa yang menarik di Dubai; cuma tanah lapang dan seolah-olah padang bola yang kontang tanpa ada hiasan atau tumbuhan hijau disekelilingnya... Jika ada pokok2 pun, cuma beberapa kerat je dan ianya boleh dibilang jari... Bila kita lihat Dubai satu ketika dahulu, kita mesti akan berfikir dua tiga kali untuk kesana dan semestinya kita rasa tidak selesa dengan suasana disitu; panas dan kering...

Photobucket
Dubai dahulu kala... Memang takde ape kat tempat ni...


Kini, semuanya telah berubah... Dubai sekarang bukan seperti Dubai dahulu... Banyak perubahan telah berlaku dan bagi aku, perubahan yang berlaku ini amat drastik sehingga rata-rata penduduk dunia tidak sedar akan kepesatan pembangunan bandar ini... Aku memang yakin, kalian pun mesti tidak percaya bahawa Dubai sekarang sudah hampir setanding dengan New York atau London... Mungkin ada yang membandingkannya dengan Kuala Lumpur... Apa yang berbeza ialah dari segi cuaca dimana Dubai akan kekal dengan cuaca panasnya serta tanaman pokok palma/kurma di sekelilingnya... Itulah yang membezakan Dubai dengan bandar2 lain dan identiti ini akan terus kekal begitu sampai bila2 melainkan dengan izin Allah...

Photobucket
Pembinaan bangunan pencakar langit sedang rancak berlaku di Dubai...


Photobucket
Antara bangunan yang sudah berdiri... Dah macam bandar besar pula...


Sepertimana bandar/negara lain didunia yang sedang berlumba-lumba membangunkan infrastruktur masing-masing, Dubai juga tidak ketinggalan dalam aspek ini... Dubai amat bertuah kerana terletak didalam negara Arab; negara pengeluar minyak terbesar didunia... Oleh itu, hasil perolehan dari pengeluaran dan jualan minyak digunakan untuk pembangunan hartanah dan infrastruktur di Dubai... Semuanya bermula dengan pembinaan hotel bertaraf 5 bintang (aku rasa bukan 5 bintang dah hotel ni, apa sahaja bintang yang ada, memang itulah rating nya... Rating yang paling tinggi sekali...) Burj Al-Arab yang terletak mengadap perairan Parsi... Sedikit maklumat mengenai hotel ini; hotel ini merupakan antara hotel yang termahal di dunia dari segi sewaan bilik dan pernah dinobatkan sebagai "World's Most Expensive Hotel 2006" satu ketika dahulu menurut majalah Forbes... Aku rasa, sekarang pun harga sewa sebuah bilik hotel disana masih lagi mahal... Namun begitu, hotel ini tetap dikunjungi dan masih megah berdiri walaupun harganya teramat lah mahal!...

Photobucket
Burj Al-Arab... Simbol kemegahan dan menjadi mercu tanda masyarakat di Dubai


Sejak adanya Burj Al-Arab ini, maka bangunan pencakar langit yang lain mula berdiri ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan... Satu persatu bumbung bangunan mula mencecah awan dan kini kita dapat lihat banyak bangunan moden telah dibina disini... Rata2 bangunan yang dibina amat tinggi dan melebihi 20 tingkat... Mungkin Dubai mempunyai kelebihan kerana bentuk muka buminya yang landai dan tidak berbukit bukau seperti negara lain...

Photobucket


Begitulah cerita Dubai, bandar yang kini mula dikenali penduduk dunia... Sedikit demi sedikit usahawan, ahli perniagaan dan orang-orang kenamaan mula menunjukkan minat dan beralih arah ke Dubai untuk melabur dan memiliki hartanah disini... Sumber ekonomi Dubai juga semakin lama semakin kukuh akibat pembangunan infrastruktur yang pesat ini... Tidak mustahil satu ketika nanti, Dubai akan setanding New York atau bandar besar yang lain di dunia... Kita akan lihat nanti...


Nota kaki 1:-
Tak silap aku, Dubai bakal mendapat jolokan bandar yang mempunyai bangunan yang tertinggi di dunia apabila terbinanya Burj Dubai pada tahun 2009 nanti... Aku tidak pasti berapa ketinggian bangunan ini tetapi ia akan melepasi ketinggian menara Taipei 101 di Taiwan yang merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini...

Nota kaki 2:-
Kawan ketika sekolah menengah aku dulu sekarang sudah berada di Dubai... Dia bekerja disana... Sibuk dia ajak aku berhijrah dan bekerja disana... Bila aku fikirkan, menarik juga jika aku dapat bekerja kat tempat ni... Tapi ada ke peluang kerja? Tambahan pula, bidang kerja aku terlalu specific dan tak silap aku, macam takde je kat situ... Lainlah kalau aku kerja company construction, engineering atau oil & gas... Mungkin peluang tu cerah sikit...


Sumber gambar:-
1) www.novus2.com
2) www.tourismzone.com
3) www.eikongraphia.com
4) www.picasaweb.google.com

Terima kasih!

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.