Wednesday 20 August 2008

Kalau semalam aku bercerita mengenai pembinaan pesat yang berlaku di Dubai, kali ini aku nak berkongsi pandangan dan gambar-gambar yang aku terima dari rakan pejabat aku mengenai projek hartanah disini...

Sungguh menarik dan sekali lagi aku terkasima dengan apa yang berlaku di Dubai... Aku cukup respect dengan orang yang mampu melaksanakan sesuatu yang kita rasa agak mustahil untuk dilakukan oleh orang lain... Itulah teknologi zaman sekarang... Banyak perkara yang dahulunya kita tidak mampu nak lakukan dengan tangan sendiri, sudah boleh dilakukan dengan bantuan teknologi ini... Apa yang penting, idea bernas yang datang dari arkitek yang berpengalaman telah berjaya mencetuskan evolusi dalam bidang pembinaan...

Aku tidak pasti siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menghasilkan projek yang aku rasakan sangat impresif ini... Tidak pernah dibuat orang sebelum ini!... Namun, semua ini dilakukan untuk kebaikan bersama juga... Alangkah baik dan hebatnya jika kita rakyat Malaysia boleh jadi sehebat ini; mencipta dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa... Apa yang dapat kita lihat, sesuatu idea itu tidak mustahil untuk dilaksanakan, cuma kita perlu cekal dan mempunyai semangat serta keyakinan yang tinggi bila melakukan sesuatu perkara...

Jika benar orang Arab yang menjadi perintis kepada projek mega Dubai ini, aku yakin kita sebagai rakyat Malaysia juga mampu menghasilkan sesuatu yang setanding dengan mereka... Tambahan pula, kita mempunyai ramai perintis yang muda-muda dan ramai di antara kita sangat kreatif dan inovatif... Kita sudah berjaya menghantar angkasawan tempatan ke angkasa, dan sekarang sudah tiba masanya kita mencipta sesuatu yang luar biasa untuk dunia mengetahuinya... Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar membuktikan bahawa kita juga boleh seperti mana mereka boleh...

Bila aku amati secara terperinci, aku cukup gembira kerana akhirnya sudah terbukti bahawa umat Islam khususnya dan negara2 Islam amnya mempunyai kepakaran dan menghasilkan sesuatu... Kita tidak perlu bergantung kepada teknologi asing kerana kita sendiri boleh menghasilkan teknologi tersebut... Sejarah Islam juga telah menjelaskan bahawa ilmu fizik, kimia dan sebagainya ditemui dan diwarisi oleh pakar2 yang sememang beragama Islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Kindi dan lain-lain... Jadi, tidak mustahil untuk seseorang Islam itu mampu menghasilkan sesuatu jika dia mahu... Apa yang penting, kesungguhan dia untuk mendapatkan apa yang dia mahu dan menghasilkan apa yang diinginkan...

Semuanya bermula dengan cita-cita dan akhirnya dilaksanakan menjadi realiti... Mungkin idea sebenar menghasilkan projek mega Dubai ini bermula dari situ... Si pencipta telah melihat sedalam-dalamnya apa yang berada didepannya... Bila peluang sudah tiba, dia terus melakar dan melaksanakannya tanpa tertangguh...

Aku cukup geram dengan binaan kediaman dan infrastruktur di Dubai ini... Rasa suka sangat dengan projek yang dijalankan... Sungguh indah dan teratur... Kalau kita lihat dari pandangan bawah, kita tidak dapat melihat dengan jelas rupa sebenar projek ini... Tapi bila kita lihat dari atas, kita dapat lihat betapa hebat dan indahnya kawasan ini... Dari info yang aku terima, tempat ini dapat dilihat dengan jelas ketika berada di angkasa... Rupanya tidak ubah seperti pokok palma... Itulah simboliknya Dubai... Aku tidak jangka bahawa pencipta mempunyai idea sehebat ini...

Dari segi bentuk dan binaan, aku agak-agak mesti mahal harga seunit rumah ini... Yelah, proses hendak membinanya sahaja sudah berapa... Mungkin apabila projek ini sudah siap dan lengkap, harganya mungkin mencecah jutaan ringgit dan kebiasaannya hanya orang-orang yang mempunyai perniagaan dan orang kenamaan yang mampu memiliki rumah disini... Aku tidak fikir golongan sederhana atau yang biasa2 mampu untuk tinggal di tempat yang semewah ini... Tidak pasti, mungkin aku silap...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Gambar : Tidak Diketahui (E-mail)

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.