Friday 30 June 2006

Aduuhhhh....

Lega rasanya hati ini bila peperiksaan aku yang berlansung selama 3 jam bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah 1.00 tengahari berakhir! Aku rasa bebas yang teramat sangat dan jarang sekali aku dapat menikmati saat saat dimana aku tidak perlu risau dan bekejar ke kelas setiap pagi Sabtu...

Untuk pengetahuan kalian, peperiksaan tadi adalah peperiksaan terakhir untuk module terakhir aku.. Sedar atau tidak, sudah genap setahun aku belajar, bertungkus lumus membuat assignment dan sebagainya... Tepat jam 1.00 tadi, berakhirlah segala galanya... Sudah mesti aku akan merindui saat2 manis pergi ke kelas bersama rakan rakan...

Bercakap mengenai peperiksaan, memang ramai yang tidak suka! Yelah, peperiksaan banyak menduga sejauh mana kemampuan kita memahami subjek yang telah kita pelajari.. Macam aku, bukan aku tak suka peperiksaan, cuma yang aku tak tahan ialah jari jemari aku nie macam dah nak tercabut menulis diatas kertas jawapan.... Dengan had masa yang memang menduga kecekalan kita (3 jam) dan banyak soalan yang nak kene jawab (especially essay question)... memang kita akan rasa tertekan... Aku kadang2 pasrah dengan apa yang bakal aku terima selepas itu... Jika ada rezeki, dapatlah aku keputusan yang cemerlang.... Kalau tidak, sekadar lulus ajelah...

Jauh disudut hati aku, aku memang mensasarkan keputusan cemerlang bila menduduki ape2 peperiksaan.. Macam kelas yang aku ambil nie, ade 5 module aku nak kene lalui dan setiap satu module memang mencabar kewibawaan aku... Semua subjek tu memang berguna dimasa hadapan.. Jadi, perhatian dan tumpuan yang telah aku berikan selama ini memang 100%.. Sehinggakan aku sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat ulangkaji pelajaran sebelum tiba hari peperiksaan...

Alhamdulillah, aku lega kerana tadi, semuanya sudah selesai... Rasa seperti balak yang ade atas kepala telah dilepaskan.... Ringan seringan ringannya kepala otak aku skarang...

Legaaaaa........................
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.