Monday 5 June 2006

Assalamualaikum...

Selalunya kita sebagai manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Lumrah hidup, manusia memang tiada yang sempurna.. Hanya yang Maha Esa dan PesuruhNya sahaja yang memiliki sifat maksum tersebut...

Aku mulakan hari aku seperti biasa.. Bangun awal pagi dan bersiap ke tempat kerja... Memandangkan hari masih lagi dalam suasana cuti sekolah, keadaan trafik masih lagi terkawal dan lancar... Macam yang aku cakap semalam, seronok betul aku bawak kereta sebab tak perlu nak hadapi kesesakan seperti hari hari biasa yang pernah aku lalui... Dah namanya Kuala Lumpur, kesesakan dan kesibukan memang sudah sinonim dengan ibu negara Malaysia ini...

Hari Isnin... Kebanyakkan orang mengkategorikan hari ini sebagai hari paling malas untuk buat kerja... Omputih panggil 'Monday Blues'... Nak buat cam mana... dah memang hari Isnin tu terkandung dalam hari hari dalam seminggu... Kita tak boleh lari kemane pun... Kene gak hadapinya... Macam aku, no such thing as 'Monday Blues'... Semua hari bagi aku membawa maksud dan pengisiannya yang tersendiri... Kalau kalian nak tahu, hari ini adalah hari yang banyak memberi semangat untuk aku terus berusaha dan bekerja... Sebab semalam adalah hari malas (hari untuk berehat) so, aku selalu mulakan minggu aku dengan penuh kecergasan... So, kalau datang pejabat, aku banyak mendiamkan diri (bukan kerana 'Monday Blues') tapi lebih kepada melakukan kerja dan penuh perhatian... Full concentration... Ade sesetengah kawan aku kata aku nie moody setiap hari ini... Well, nampak sangat dia orang tak kenal perangai aku... Dengan sekadar memerhatikan aku yang jenis tak pandai kiri dan kanan; raut wajah yang serius, mereka labelkan aku sebagai moody... Actually, kalau dia orang tegur dan bagi salam, aku akan pandang, balas dan senyum... Tapi biasalah, orang Malaysia nie... kalau rasa nak tegur, dia orang akan tegur.. kalau tak, jangan haraplah.... Tak dinafikan, yang sebaliknya pun ade gak...

Ape yang membuatkan aku rasa lain hari ini ialah pasal member aku yang sorang nie... Aku ngan dia nie kira rapat gaklah... Tapi semenjak dua tiga hari yang lepas, dia tak seperti hari2 biasa... Diam membisu... Bila aku tanya, dia cuma pandang aje... Kadang2 aku rasa semacam... Aku ade buat silap kat dia ke? Bila aku tanya dia, dia tak jawab... And then, aku tanya member yang duduk kat sebelah dia, what happen... Dia semua pun tak tahu nak cakap macam mane... Benda yang sama berlaku gak... Pelik betul dia nie... Selalunya dia tak macam nie... La nie, jadi lak....

Memandangkan dia camtu, aku pun malas nak layan... So, aku decide untuk berdiam diri aje dan berharap dia akan datang dan tegur aku semula... Aku rasa mungkin dia ade problem kot dan tak nak share ngan orang... Biarlah, semua orang ade masalah dan perlukan privacy tersendiri...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.