Tuesday 20 June 2006

Bila cikgu dihadapan mula membentang perkara dan isu yang bakal keluar untuk final exam Jumaat depan, aku mula panik... Panik bukan kerana tidak tahu apa yang sedang diperkatakan... cuma aku panik dan risau dengan persiapan aku dan rakan rakan yang lain...

Masing2 masuk kelas dengan muka yang sah sah kepenatan, mata merah dan tidak bermaya... Jelas, tiada minat terpancar diwajah mereka... Aku confident, nie kalau cikgu tanya, sure mereka semua menganga lepas nie... Tak tahu apa nak jawab... Tulah masalahnya kalau buat kelas petang... Sure, confidence level drop giler ba**..... Kalian tahu ape yang aku maksudkan...

Anyway, nak tak nak... kene teruskan juga... Berbagai perkara dan so called 'tips' cikgu aku bagi... Semua ni sebab dia (cikgu) sayang kat kita orang... Tak nak kami semua ada masalah bila masuk dewan periksa nanti... Lagipun, nie last paper kita orang, so kalau boleh cikgu tu nak le tengok peratus lulus tu mencapai tahap 95% ke 100%... Tapi tulah, dia orang nie (classmate aku) bukan reti nak appreciate apa yang telah cikgu nie lakukan... Lagi nak ambil kesempatan... Kadang2 aku kesian kat cikgu sebab bila dia sibuk menulis kat papan putih dan menerangkan apa yang telah ditulis, tak semua beri perhatian... Masing masing, main main... Malah ada yang buat gangguan... Aku kalau di ikutkan hati, nak aje halau dia orang nie keluar dari kelas... Memang le aku mempunyai kuasa mutlak buat camtu sebab aku nie ketua kelas... Tapi kesianlah kan... Dahla terpaksa stayback untuk datang kelas, pastu kene halau lak... So, terpaksa aku pendamkan saja...
Aku cuma berharap agar semua classmate aku mengambil kesempatan dan waktu yang ada untuk buat ulangkaji sekerap mungkin.. Macam aku, aku memang ade group discussion sendiri dan hampir setiap petang kami berjumpa dan berbincang tentang apa yang telah kami pelajari selama ini... Aku berharap mereka semua tidak menghadapi masalah dan berjaya dalam peperiksaan kali ini...
Doakan aku....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.