Pagi2 buta lagi aku dah bangun sebab hari ini, ade event aku nak kene handle...
Seperti biasalah, company aku ade buat Futsal Tournament kat Bukit Jalil... So, sebagai jawatankuasa Kelab Sukan syarikat aku, aku dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini... Macam2 persiapan telah aku dan rakan2 yang lakukan bagi menjayakan acara ini...
Seperti biasalah, company aku ade buat Futsal Tournament kat Bukit Jalil... So, sebagai jawatankuasa Kelab Sukan syarikat aku, aku dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini... Macam2 persiapan telah aku dan rakan2 yang lakukan bagi menjayakan acara ini...
Seawal jam 7.00 pagi, aku telah keluar dari rumah bertolak ke Bukit Jalil... Sempat lagi aku ke Gurney Height; pick up kawan aku... Keadaan jalan amat baik dan ini sedikit sebanyak melancarkan program yang telah dirancangkan... Sampai aje kat Kompleks Futsal Bukit Jalil, seperti sedia maklum, aku bekerja tanpa henti... Pergerakan aku pantas... Macam lipas kudung... Kehulu... kehilir.... Yelahkan, masa tidak seharusnya dibazirkan begitu saja... Banyak perkara yang nak kene uruskan seperti menyediakan tempat pendaftaran, periksa itu dan ini dan sebagainya sebelum acara bermula.... Hadirin lak, semakin lama... semakin ramai.... Seronok !
Futsal kali ini melibatkan ramai peserta dari pelbagai entiti dalam syarikat aku... Yang istimewanya, bukan hanya kaum lelaki saja yang menghantar pasukan, malah kaum wanita juga ingin turut serta... Surprisingly, ada 6 pasukan wanita yang bakal bertanding! Boleh tahan juga dia orang nie... Masing2 ganas - ganas !!
Sayangnya, disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, aku tak boleh stay sampai semua game habis... Aku terpaksa beredar dari situ sebab nak kene uruskan perkara yang lain... Sebaik saja semua benda terkawal, aku serahkan tanggungjawab aku kepada jawatankuasa yang lain dan aku yakin, mereka boleh meneruskan apa yang patut...
Yang penting, semua hadirin dan peserta happy.... Aku tak tahu ape jadi selepas aku beredar dan aku berharap agar semuanya terkawal....