Sunday 25 June 2006

Hi...

Seronok betul aku hari ini... Setelah sekian lamanya, aku tak makan besar bersama dengan kawan kawan aku.. Kali ini, aku berpeluang makan besar kat luar beramai ramai... Majlis yang telah dianjurkan oleh rakan2 lama department aku berlangsung di Melting Pot Restaurant, Concorde Hotel, Kuala Lumpur...

Majlis ni diadakan sempena menghabiskan duit fund department yang dikutip setiap bulan dari semua orang... So, hasil dari kutipan tu, dapatlah kami melangsungkan beberapa acara dan aktiviti untuk semua staff... Lama gak kami buat collection... Dekat 3 tahun dah fund nie exist... Setiap bulan, RM 5 akan dikutip dan hasil dari kutipan inilah kami dapat menjalankan aktiviti seperti Hari Keluarga, Mini Sports dan sebagainya... So kali ini, pada asalnya kami nak buat trip tapi memandangkan duit fund tu tak cukup dan masa pun singkat, tak dapatlah kami nak organize big event lagi... Maybe next time lah kot.... So, yang kami mampu ialah buat makan makan aje... Tu pun bukan dinner tapi lunch dan hi-tea aje.. Oklah tu kan... Bukan makan kat kedai mamak ke ape... Makan kat hotel... Just for fun aje...

Sambil makan, ade jugak cabutan bertuah dan hadiah cenderamata... Dah le dapat makan, dapat hadiah lak lagi ! Bestnye...

Oklah, aku malas nak taip panjang2... Kalian tengoklah gambar yang sempat aku rakamkan tadi... Mungkin korang dapat idea lak nak buat cam ex-department aku nie... Kalau perlukan info tentang restaurant nie ataupun Concorde Hotel, KL... bagitau aku... Aku boleh dapatkan...

Chowwwwww......















 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.