Wednesday 30 August 2006

Assalamualaikum...

Seronoknya aku kerana tinggal beberapa minit saja lagi negara kita, Malaysia akan meraikan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-49! Sedar atau tidak, hampir setengah abad kita sudah merdeka dan hidup dalam keadaan aman dan damai...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku memanjatkan doa kepada Allah SWT dan bersyukur kerana telah mengurniakan keamanan kepada negaraku ini... Setiap bangsa didalam negara kita bebas bergerak kemana sahaja, melakukan apa sahaja (mengikut lunas undang undang) tanpa berasa takut takut... Jika dahulu, sewaktu zaman nenek moyang kita, sukar untuk kita bergerak kesana sini, tetapi sekarang... kita tidak mempunyai apa apa masalah...

Photobucket - Video and Image Hosting

Zaman sebelum kemerdekaan, semuanya dikawal... Semuanya dikekang... Nak makan pun payah! Aku dapat bayangkan betapa teruknya kehidupan ketika itu... Makan cuma ubi kayu sahaja... Nak dapatkan beras, jangan harap!! Tapi sekarang, tengok kita semua... nak makan apa sahaja, boleh dapat... Pergi saja ke kedai, pergi saja ke restoran... minta dan pesan, terus dapat...

Dulu, hendak memiliki harta, jangan haraplah... Semuanya tak boleh... Yang kaya cuma penjajah... Orang kita, apa yang ada? Semuanya disekat dan dikawal malah dikerah segala tenaga bekerja untuk mereka... Bila aku baca buku sejarah, hatiku memberontak! Marah dan bengang dengan cara orang putih dan Jepun mentadbir negara kita... Kalau hendak aku huraikan, memang nanti menimbulkan pelbagai isu... Aku yakin, kalian tahu apa yang aku maksudkan... Memang patut pun kita berjuang mempertahankan maruah bangsa dan negara...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku bersyukur dan amat berterima kasih kepada mereka mereka yang bermati matian mempertahankan negara diwaktu itu... Tanpa mereka, kita tidak mungkin dapat mengecapi keamanan seperti sekarang... Tanpa mereka juga, kita menjadi bangsa yang pengecut... Kadangkala aku terfikir, aku bersimpati dengan sesetengah negara didunia... Walaupun kita telah melangkah ke era kemodenan, mereka masih lagi berperang dan bunuh membunuh sesama sendiri... Lihatlah negara2 Asia Barat... Pergolakan dan peperangan berlaku disana sini... Setiap hari pasti kita akan terima berita2 yang menyedihkan... Entah bila semuanya akan berakhir...

Photobucket - Video and Image Hosting

Bila aku kenangkan semua ini, aku jadi insaf... Aku bersyukur kerana dilahirkan dibumi bertuah ini... Jauh dari segala sengketa dan bencana manusia... Walaupun begitu, hatiku tetap risau juga... Sekarang, aku dapat lihat anak anak muda kita walaupun sudah merdeka, mereka masih lagi 'dijajah'... Budaya dan cara hidup mereka telah banyak berubah... Aku bukannya ingin mengomel ataupun mengata, cuma apa yang aku utarakan ini adalah berdasarkan fakta dan apa yang berlaku dihadapan kita... Kalian pun tahu... Orang sekarang banyak mengagungkan budaya barat... Cara hidup dan sosial ala kebaratan... Tidak kiralah dari segi apa pun... Anak muda kita lebih cenderung meniru ideologi barat seperti cara berpakaian dan sebagainya... Adakah ini identiti Malaysia yang kita cari selama ini? Adakah ini yang kita katakan sebagai merdeka? Ya, mungkin merdeka pada zahir (luaran) sahaja tapi tidak dalaman... Secara halus, minda dan cara kita masih lagi dijajah...

Apa apa pun, aku tidak pernah dan tidak putus berdoa agar kita sentiasa diselamatkan dari anasir anasir yang tidak baik yang boleh menganggu gugat keamanan negara kita... Walaupun sekarang ini aku dengar dan terima pelbagai berita yang tidak sedap didengar, aku berharap ianya tidak akan menjadi kenyataan... Kepada mereka yang membaca coretanku ini, aku mohon maaf jika ada yang terasa... Aku bercakap berdasarkan apa yang aku rasakan benar... Tiada niat untuk menyinggung perasaan mana mana pihak... Aku pun manusia biasa... Sentiasa melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian... Seeloknya kita saling menegur antara satu sama lain supaya ukhwah yang terbina sentiasa kekal diantara kita...

Salam merdeka buat semua pembaca blog saya!
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.