Wednesday 23 August 2006

Assalamualaikum...

Hari ini, aku agak sibuk sedikit menyelesaikan segala perkara dipejabat... Maklumlah, esok adalah hari terakhir aku bekerja untuk minggu ini kerana bermula pada hari Jumaat sehinggalah hari Isnin hadapan, aku tiada di pejabat... Aku telah dipertanggungjawabkan untuk mewakili dan menguruskan pasukan dari syarikat aku ke kejohanan sukan dalaman anjuran jawatankuasa pusat ibu pejabat... Pertandingan yang dianjurkan sekali setiap tahun ini merupakan acara julung julung kali dan dinantikan semua pekerja... Hampir setiap cawangan yang mewakili setiap negeri akan turun menyertai kejohanan ini...

Photobucket - Video and Image Hosting

Baju yang akan dipakai disana...


Memandangkan persiapan kontingen masih lagi belum lengkap, kalian bayangkanlah keadaan kami satu kumpulan... Ada saja yang perlu diuruskan sebelum bertolak... Macam aku, tugas dan kerja diatas meja tidak boleh diabaikan... Walaupun sibuk kesana sini, aku bersyukur kerana aku masih lagi sempat menyelesaikan semua kerja kerja penting hari ini... Alhamdulillah...

Aku pulang awal dari tempat kerja... Bukan kerana bosan atau tidak ada 'mood' tetapi aku perlu berkemas dan menyiapkan beg pakaian untuk dibawa kepejabat keesokan hari... Memandangkan aku tidak memandu ke tempat kejohanan dan pergi bersama rakan rakan yang lain menggunakan pengangkutan awam, aku tidak dapat pulang kerumah selepas waktu kerja dan mengambil beg pakaian aku... Untuk mengelakkan kesulitan, aku harus bersiap sedia dari awal...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku lebih selesa membawa barang penjagaan diri dari rumah berbanding menggunakan barang dari hotel.


Sambil berkemas, aku masih sempat lagi menaip blog aku ini... Seboleh bolehnya, aku ingin mengemaskini segala berita terbaru tentang diriku buat bacaan kalian... Sambil berkemas dan berfikir tentang pakaian dan barang hendak dibawa, aku sempat membaca e-mel yang dihantar kawan kawan aku... Terkejut juga aku dibuatnya apabila melihat peti 'Inbox' aku penuh dengan e-mel... Ada lebih kurang 1400 e-mel kesemuanya... Aduhhhhh... jenuh aku mengetik tetikus yang disambung ke laptop aku ini... Tengoklah, mungkin aku akan baca perlahan lahan... Kalau tak sempat, aku akan sambung kemudian...

Jarum jam menunjukkan ke pukul 12.10 pagi... Hatiku lega bila segala peralatan telah siap dikemaskan... Penuh satu beg tarik (luggage) aku... Errmmm... biasalah... Nak pergi pun bukan sekejap... 4 hari.... Jadi banyak barang yang perlu dibawa... Aku pulak jenis yang tidak suka membeli barang barang keperluan harian bila berjalan... Aku selesa dan senang bawa dari rumah sebab kemungkinan besar, aku akan menghadapi masalah untuk mendapatkan barang barang tersebut... Maklumlah, tempat orang bukan tempat aku... Segala galanya asing buat diriku...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.