Saturday 9 February 2008

Alangkah bahagianya hidup jika aku tak payah bayar hutang pinjaman kereta... Alangkah bahagianya hidup jika aku tak payah bayar hutang kad kredit... Alangkah bahagianya hidup jika selepas ini gaji aku tidak akan dipotong untuk membayar hutang pinjaman rumah... Alangkah bahagianya hidup jika aku tak payah datang ke pejabat dan buat kerja yang bertimbun-timbun diatas meja... Alangkah bahagianya hidup aku kalau semua benda yang aku nak berada didepan mata... Paling tidak pun, aku boleh mendapatkannya dengan mudah... Alangkah bahagianya hidup aku kalau begini......................................................... Aku tak boleh nak gambarkan jika semua perkara diatas menjadi realiti... Kan bagus kalau begitu?... Tapi itu semua hanyalah angan2 sahaja... Mana mungkin aku dapat memboloskan diri dari membayar segala hutang piutang?... Mana mungkin aku dapat goyang kaki tanpa melakukan sebarang pekerjaan dan terima gaji bulan2 masuk dalam akaun aku?... Mana mungkin aku dapat memiliki benda yang aku idamkan jika aku tidak berusaha untuk mendapatkannya?... Sesuatu yang mustahil, bukan???... Apa yang aku nak, aku kena dapatkannya sendiri... Kalau tidak, aku harus terima dan berpuas hati dengan apa yang aku ada... Tidak boleh mengomel atau merungut... Tapi hakikat tetap hakikat, kadang2 terbit rasa tidak puas hati dalam diri... Sudah menjadi lumrah hidup sebagai seorang manusia berperasaan begitu... Tadi makcik2 dan pakcik2 aku datang... Penuh rumah aku sekejap... Macam buat jamuan Hari Raya aje... Mereka semua datang bertandang kerumah sebab nak jenguk abah aku yang sakit ghout... Dah seminggu dah kaki abah membengkak tapi masih lagi 'under control'... Doktor pun dah bagi ubat cuma abah kena berpantang makan sikit... Bila duduk berborak, fikiran aku melayang seketika... Entah kenapa, aku terfikir benda lain... Aku lihat keletah dua orang makcik aku... Bahagia betul hidup mereka... Jika dibuat perbandingan antara adik beradik abah yang lain, makcik aku yang dua orang ni lah yang hidup senang... Ada rumah besar, kereta besar... Duit pun banyak... Kira mereka jarang ada masalah sangat berbanding dengan adik beradik yang lain... Makcik aku yang sorang tu, sudah bersara dan sekarang hidup senang lenang... Aku pun pelik macam mana dia boleh kumpul duit banyak2... Padahal, waktu dia muda2 dulu, dia cuma kerja cashier kat Globe Silk Store je... Bukan kerja kat pejabat sebagai pegawai besar ke ape... Bila dah pencen, dia boleh beli rumah secara tunai... Bayangkan, rumah yang harga dekat RM200 ribu, dia boleh beli secara tunai... Mak aiii... Kaya betul dia ni!... Pastu, beli kereta, pun secara tunai gak!!... Adehhhhh.... Makcik yang sorang lagi tu pun satu... Dia masih lagi bekerja... Tapi rumah dah berderet-deret... Semuanya dia sewakan pada orang... Bulan2 masyuk woo... Takde la dia nak pening kepala fikir pasal duit... Kereta kat depan rumah dah berbaris... Ada Avanza, ada Persona, ada Kancil... Semua jenis dan jenama dia ada... Pastu Raya baru2 ni waktu aku datang rumah dia, terkasima aku sekejap... Dia dah renovate rumah dia; extent depan dan belakang... Pintu pagar tukar automatic; siap ada kerawang2 emas lagi... Wowwwww, macam umah orang kaya2 yang pernah kita lihat tu... Entah kenapa aku rasa malu sangat dengan diaorang... Yelah, keluarga aku ni takde ape... Orang susah, duduk pun rumah kampung je... Bila diaorang datang sini, aku rasa segan dan takut kalau2 diaorang tak sudi nak datang ke rumah buruk aku ni... Tapi sangkaan aku meleset, diaorang sebenarnya tak macam tu... Diaorang tak kesah malah diaorang selamba je bila datang; buat rumah aku macam rumah sendiri... Sepupu sepapat aku pun sama... Ada seorang tu, siap datang dan tidur kat sini... Bila aku lihat semua ini, ianya telah memberi kesedaran pada aku supaya aku terus berusaha mengubah nasib keluarga aku... Aku tidak boleh biarkan keadaan ini terus berlarutan sampai bila2... Aku berazam untuk mengubah nasib keluarga aku supaya mak dan abah hidup senang lenang dikemudian hari... Memang pada mulanya agak sukar tapi aku merasakan ianya dapat dilakukan... Selepas ini, abah tidak perlu bergantung dengan duit pencen, mak pun tak payah susah2 buat kerja kat dapur... Aku akan uruskan semuanya... Aku memang yakin, satu masa nanti nasib aku akan berubah... Jika makcik2 aku boleh hidup bahagia dan senang lenang, kenapa aku tak boleh ???... Nota kaki: - Bila bercerita mengenai hidup, banyak kenangan pahit dan manis aku lalui selama aku membesar didalam keluarga aku... Aku dah lalui macam2 keperitan dan kebanyakkan berlaku didepan mata aku sendiri... Air mata banyak mengalir tetapi ianya sedikit tidak mematahkan semangat aku... Semua ini menjadi pengajaran yang amat berguna dan ianya banyak membentuk aku menjadi seorang insan seperti sekarang...

2 comment:

Anonymous said...

Ni Reez.... kak nak marah Reez nih...... Jangan toleh kiri kanan kalo nak bahagia.... Kita kena jadi diri sendiri tau! Be yourself! Bersyukur atas apa yang ada...... walaupun kecil dan sedikit, ia tetap milik kita! Apa yang penting, kita mendapatkannya dari jalan yang paling ikhlas dan bersih....... (^_^)

Aiden Reez said...

"Oucchhhhh....." bunyi kene tampar...

Thanks Kak Merak.. But sometimes when we look at other people, there is a lot of things which makes us wonder where we at... Where we stand... Things we need to do to compliment our lives...

Reez tahu ape yang akak maksudkan and I thank you for that...

Semua ini banyak mengajar Reez supaya terus berusaha untuk kemajuan diri sendiri...

I was lucky, lucky to have whatever I had now... Family, friends, good health and so on... I thank and praise Allah always coz Him the one who gave me all these...

Thanks again ye kak!...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.