Wednesday 6 February 2008

"Berapa banyak diantara kita diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu 'tugas istimewa' dimana ianya menggunakan segala kemahiran yang kita ada?... Dan dari tugas yang diberikan itu, berapakah jumlah pengiktirafan yang dikurniakan kepada kita dari pihak yang berwajib?..." Satu soalan yang aku terima dari seorang rakan... Memang aku akui, bukan semua orang boleh melaksanakan 'tugas istimewa' ini... Ianya mencakupi semua bidang dan pengetahuan yang kita perolehi selama kita bekerja... Kematangan akal fikiran, teknik dan cara2 yang betul menjadi asas serta tulang belakang 'tugas istimewa' ini... Aku rasa berbangga kerana diberikan kepercayaan oleh boss aku untuk melaksanakan tugas ini... Pada mulanya, aku agak keberatan memandangkan kedudukan aku didalam syarikat... Penjawat rendah seperti aku selalunya tidak dipandang oleh barisan pengurusan syarikat... Sepatutnya, mereka2 yang duduk dikerusi tinggi (hi-back chair) yang sepatutnya menyiapkan tugasan yang aku rasa agak mencabar ini... Ini bukanlah kali pertama aku melakukannya... Malah, ini adalah kali kedua selepas tugasan pertama mendapat paparan meluas didada akhbar2 tempatan berbahasa Melayu... Bila aku melihat hasil kerja aku dikeluarkan, aku tersenyum puas... Dalam hati berkata, "ada juga orang nak tengok hasil kerja aku...." Kali ini, aku ditugaskan untuk menulis/menghasilkan satu iklan berbahasa Melayu untuk syarikat tempat aku bekerja... Jika sebelum ini, ianya berkaitan banjir, kali ini, isu berkisar mengenai perkara yang melibatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)... Semestinya iklan yang aku hasilkan adalah berkenaan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat aku... Jadi, isi kandung iklan banyak mengupas mengenai perniagaan dan bukannya mengenai isu berkaitan IKS... Seperti yang aku katakan tadi, ianya mengambil masa selama 1 hari untuk menyiapkan iklan ini... Banyak olahan dan perubahan terpaksa dilakukan demi untuk menepati maksud yang sebenar... Kemudian, gaya dan tata bahasa yang betul juga perlu diambil kira... Kalau silap, sudah pasti syarikat akan menanggung malu... Semua ini terletak diatas bahu aku; penulis iklan ini... Setelah selesai, aku menyerahkannya kepada boss aku... Insya Allah, ianya akan dikeluarkan tidak lama lagi... Aku tidak pasti bila, Insya Allah jika aku tahu bila tarikhnya, aku akan maklumkan pada kalian semua...
Photobucket
Inilah antara iklan yang aku hasilkan sebelum ini...
Nota kaki: - Menjawab soalan kawan aku tadi, bukan pengiktirafan yang aku pinta selama ini tetapi aku sekadar mencari kepuasan dalam melakukan sesuatu perkara... Apatah lagi yang melibatkan kerjaya aku...

2 comment:

Anonymous said...

Wooowooowoooo...hebat En. Reez kita...... bukan senang nak memenangi kepercayaan orang.... Teruskan usaha.... moga terus menapak ke atas.....

Reez said...

To Kak Merak...

Thanks!... Insya Allah, Reez akan sentiasa berusaha...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.