Sunday 3 February 2008

Nak kata aku sedih, tak gak... Tak sedih pun tak gak... Apa yang pasti, aku memang rasa kurang senang dan tak sedap hati... Tadi, aku balik dari AniCare Veterinar Clinic... Pergi ambil kucing aku yang warded sebab kene serang dengan anjing subuh semalam... Doktor telefon kerumah bagitau yang kucing kesayangan aku dah mati... Dia sempat cakap, keadaan kucing aku amat kritikal, tengkuk berlubang kene gigit, kulit dibahagian perut terkoyak dan tulang paru-paru patah... Aku tak dapat gambarkan macam mane kalau manusia yang kena macam tu? Memang seksa dan sakit giler!!!... Bila dengar berita ni, orang pertama yang berduka lara ialah kakak aku sebab dialah yang paling rapat dengan kucing aku ni... Selalu kucing aku ni akan masuk dalam bilik dia dan tidur kat sebelah... So, bila dapat tahu kucing aku dah mati, menangis tak henti-henti la dia... Aku lak letih nak pujuk... Aku pernah keluarkan satu entry pasal kucing aku ni.... Entry bulan 10 tahun 2006 yang cerita pasal 2 ekor kucing aku, "Tammy dan Tomei" masa dia orang kecik dulu... Tammy dah lama mati sebab sakit... Dua ekor kucing aku ni sepasang... Si Tammy jantan dan Tomei betina... Masa Tammy nak mati dulu, memang Tomei bising sebab saudara dia tengah nazak... Aku tak pasti sama ada binatang boleh kesan ke tak bila ia nazak nak mati... Dari apa yang Tomei buat, macam dia tau je... Entahla... Pagi semalam, Tomei memang sibuk nak keluar... Pagi2 buta dah kejutkan kakak aku nak mintak keluar... So, dia lepaskanlah... And then, dalam pikul 5 pagi tu, aku terjaga dari tidur, aku terdengar anjing menyalak kat luar rumah... Aku takde la fikir ape sebab aku ingatkan Tomei dalam rumah...
Photobucket
Gambar Tomei yang dalam simpanan aku....
Tak lama lepas tu, aku dengar ada kucing menjerit seolah-olah macam bergaduh dan meraung kesakitan kat belakang rumah aku diselangi dengan bunyi anjing bergaduh... Terus satu rumah terjaga dan kakak serta mak aku keluar pergi tengok... Waktu tulah aku dah mula rasa tak sedap hati dan terus meninjau keadaan... Memang aku nampak 2 ekor anjing berlari kearah aku dan aku sempat membaling batu kearah anjing2 tu... Geram!!... Nasib baik kene kat sekor tu... Kakak dan mak aku mula panggil nama Tomei... "Laa... Dia ada kat luar ke???" Aku berdoa, jangan ler kucing tadi tu si Tomei... Panggil punya panggil, tak jugak datang2... Selalu kalau kakak atau mak aku panggil, dia akan lari cepat2 datang kearah kami... Kali ni, takde... Penat gak pusing keliling rumah cari, tapi still tak jumpa... Memandangkan hari dah mula cerah dan aku pulak kene bersiap nak pergi kelas, terpaksalah aku tangguh usaha mencari Tomei... Balik dari kelas, mak aku cerita yang Tomei dah mati... Masa jumpa tu, dia masih hidup lagi tapi dah nyawa2 ikan... Keadaan dia teruk sangat... Habis satu badan berlumuran darah... Kakak aku jumpa Tomei kat dalam longkang besar belakang rumah aku... Sedih sangat... Gitulah ceritanya... Tapi nak buat macam mane, dah nak kena... Aku tak boleh nak buat ape... Kakak aku masih lagi sedih... Dia murung aje sehari ni... Kesian lak aku ngan dia... Aku ingat nak ambil tindakan tapi masalahnya anjing yang serang tu anjing liar... Takde owner... So, tak boleh nak buat ape... Aku pun pelik, kawasan rumah aku ni semuanya Melayu... Entah macam mane boleh sampai anjing tu kemari... Kenapa aku nak take action??... Sebab kami dah banyak berhabis untuk Tomei selama ini... Sakit, bawak pergi klinik, bagi injection dan ubat... Makan, memang tak kasik benda lain... Hanya Friskies aje... Kucing I tak makan ikan dan nasik tau... Pastu bulu dia cantik, kaler hitam dan putih saje... Kat atas badan dia, ada tompok macam Mickey Mouse, ekor dan kepala kaler hitam... Nota kaki: - Memang ada peribahasa menyatakan anjing dengan kucing memang tidak sebulu... Pantang jumpa, mesti nak gaduh... Anjing memang tak boleh nampak kucing... Kalau nampak, mesti akan menyerang... Cara menyerang ialah dengan memburaikan isi perut kucing sebab bahagian kucing yang paling crucial ialah perutnya!...

8 comment:

Doyok said...

walaupon aku x berapa suka kucing tapi kesian gak kalo nampak kucing x makan ke, nak minum air ke, cedera ke

maknanya aku bukan kejam sgtlah ni. hehehehe

nasib baik area rumah aku xde anjing sebab kiri kanan umah makcik aku. hehehe

Aiden Reez said...

Ooo... Ko tak minat binatang peliharaan yek?

Aku bukanler fanatik sangat binatang peliharaan ni.. Tapi kalau dah ari2 aku jumpa, sikit2 lama2 jadi sayang gak... Kucing aku comel... Tu yang aku geram ngan dia...

Lagi satu, kalau orang bekerja ni, balik mesti tension... So, kalau bermain ngan kucing, tension akan hilang.... Kira ubat gak laa..

Aku ralat sebab setakat kucing yang pernah aku bela, inilah kucing terbaik... Mati aje yang ni, aku dah takde kucing lagi dah....

:(

Umah aku ni KhaLx, kiri kanan rumah makcik pakcik aku... Still anjing tetap datang!!.. Entah dari ceruk mane tah... Aku rasa anjing liar ni...

Doyok said...

ko baling je ngan roti john, aku x suka anjing ni. x pasal2 kene samak

aria ayumi said...

huhu. laki klw dh minat kucen... erm... kucen dh bleh jadik anak sndiri. mcm pak sedara diya. nak tido pun dgn kucen. pdhal dh anak tiga. huhu

Aiden Reez said...

KhaLx --> Dari aku baling dengan roti John, baik aku sumbat dalam mulut aku... Lagi untung!... Aku pun kenyang...

:D

Aku; bukan takkan tak suka.. Ni dah takat BENCI dah!... Kalau ada senapang gajah, dah lama dah aku tembak sekor2 kasik mampus...

Geram!!!!!!!!!!!!!!!

Aiden Reez said...

Diya --> Tulah Diya... Kalau dah sayang, gitulah gayanya... Tak leh nak buat ape...

Reez takde la sampai nak tido ngan kucing tu... Reez nie alergik... Takleh tido tempat ade bulu kucing, sure tengah malam sesak nafas!... Sempuuuuuuttttttttt....

Doyok said...

xleh bunuh anjing woo..dosa. kalo kasi anjing minum air pon dah dpt pahale :D

Aiden Reez said...

Memang ler dosa kalau bunuh binatang... Bunuh semut pun berdosa tau sebab tu pun makhluk Allah gak...

Tapi kalau dah anjing tu bunuh binatang kita, ancam kita, takkan kita nak duduk diam dan biarkan aje... Takkan nak pergi kat anjing tu hulur makanan????

:D

Ada keadaan, kita dibenarkan bunuh... Tapi bukan sembarangan je

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.