Sunday, 23 July 2006


Lately nih, fikiran aku banyak melayang... Melayang memikirkan banyak perkara... Disamping kerja yang tak pernah putus dan dengan masalah itu dan ini, aku banyak teringatkan orang disekeliling aku...

Semua ini aku anggap sebagai dugaan yang paling hebat dalam hidup aku... Aku akui, hati aku cepat tersentuh dan mudah kesiankan orang... Pernah beberapa kali aku menghadapi kesulitan gara gara perangai orang lain... Mungkin kalian semua menganggap aku terlalu berlembut dengan orang sehingga mengabaikan diri sendiri... Hakikatnya, aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku lakukan jika perkara yang tidak sedap berlaku... Semuanya terjadi dalam sekelip mata...

Kisah hidup aku tidak seperti orang lain... Memang aku paham, kita semua mempunyai kisah yang tersendiri, boleh jadi menarik dan boleh jadi yang tak menarik... Macam aku, buat masa ini.. banyak kisah yang sedap didengar berlaku keatas diriku... Bukan untuk mengadu domba tapi sekadar ingin bercerita tentang rasa isi hati aku yang sebenar... Mungkin dapat dijadikan pengajaran buat kita semua...

Aku tak paham, kenapa manusia sering mengambil kesempatan keatas diri orang lain... Mengapa mesti ada sifat dengki mendengki dan iri hati sesama kita? Tidak cukupkah dengan apa yang diperolehi selama ini?? Aku rasa terkilan bila kejujuran aku disalah gunakan... Aku terkejut, dengan keadaan diriku ini, masih ada lagi golongan golongan yang tidak berhati perut mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka... Benar, aku tidak kisah dengan pendapat orang lain... Mereka boleh bercakap apa sahaja... Siapa aku untuk menolak semua itu?... Mungkin ada yang marah dengan aku kerana aku tidak berfikir secara waras dan mengelak dari terus dipergunakan... Memang senang untuk berkata tapi sukar untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku... Semua ini bukanlah berpunca dari diriku tetapi sikap rakus segelintir manusia yang tidak tahu dan tidak mengenal erti dosa dan pahala...

Biarlah... Aku pasrah dan akur dengan ketentuan hidupku ini... Semua ini ku anggap sebagai satu dugaan dari Allah SWT... Apa yang mampu aku lakukan sekarang ialah berdoa kepada Tuhan agar mereka semua diberi pembalasan yang setimpal atas apa yang telah mereka lakukan... Aku juga memohon agar diberikan petunjuk, hidayat dan kekuatan dalam mengharungi ranjau hidup yang berliku ini.... Aku bersyukur kerana masih mempunyai pegangan yang kuat yang dapat menangkis anasir2 yang tak baik dari membelenggu diriku ini... Sokongan dari ahli keluarga dan rakan rakan banyak memberikan aku sinar walaupun laluan yang aku lalui sekarang ini suram dan kabur...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua....

Friday, 21 July 2006

Aduuhhhhh...

Rasa macam nak tercabut tangan dan kaki nie buat kerja... Hari ini perjalanan hidup aku berlainan sedikit dari hari - hari biasa yang aku lalui... Memang, kalau nak di ikutkan, rasa macam dah give up aje... Nasib baik semangat aku masih kuat dan dengan berbekalkan kudrat yang ade, aku teruskan semua kerja2 yang tertangguh... Maklumlah, 'orang sibuk' macam aku nie, memang sukar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri... Everyday, every minutes of my life I've dedicated for something else... Mesti kalian akan marah dan membebel dengan aku kenape aku lakukan semua ini....

Di pejabat, ibarat kata orang orang kerajaan... aku nie hak semua orang... "I'm belongs to the people in my office"... Sebagai salah seorang orang kuat Kelab Sukan & Rekreasi, menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan apa yang telah dirancangkan untuk pekerja terkawal dan mengikut jadual... Ditambah pula dengan sifat dan perangai aku yang memang dari dulu kalau buat sesuatu aktiviti, bersungguh sungguh... aku memang pantang kalau satu2 kerja tu buat separuh jalan lepas tu tinggalkan macam tu saje... Umum, sebab tu aku tak de masa sangat untuk diri aku sendiri... Kadang2 tu aku terlalu kasihan dengan kawan2 yang rapat dengan aku... Aku tiada masa untuk mereka... Tapi aku bersyukur yang teramat sangat sebab kesemua mereka memahami situasi aku !!!... I love you all !!!...

Hari ini, disamping kerja2 yang berlambak diatas meja yang entah bila akan selesai, semakin lama semakin banyak tugasan yang mendatang... Hari ini Kelab Sukan tempat aku bekerja akan mengadakan satu ekspedisi 4 X 4 ke Ulu Slim, Perak... Menarik kan ??... Mereka nie semua akan bertolak dari pejabat aku nie selepas waktu kerja (dalam pukul 5.00 petang)... Jadi, kalian bayangkanlah, banyak perkara yang aku dan rakan2 yang lain nak handle bagi melancarkan program hari ini... alhamdulillah, semuanya terkawal....

Selepas mereka bertolak, kerja aku tidak berhenti setakat disitu... Ade satu lagi event yang aku nak kene handle... Larian amal anjuran Yayasan Kebajikan Kanak Kanak Malaysia yang akan berlangsung esok di Dataran Merdeka... Ape lagi, aku terpaksa stay back lama sikit untuk uruskan perkara nie... Pengagihan T-shirt, nombor larian dan sebagainya dilakukan dalam masa yang sama... And then, aku terpaksa bergegas ke Dataran Merdeka untuk mendaftarkan baki peserta yang tak sempat didaftarkan sebelum ini... Dekat pukul 11.00 malam, barulah selesai semuanya... Lega rasa hati ini.... Nasib baik aku tak de sakit jantung ke ape... kalau tak, masuk hospital aku berkejar kesana kesini macam orang gila....

Aku beransur pulang ke rumah dekat pukul 12.00 malam... Selalunya aku sempat lagi tengok Astro dan baca paper sebelum masuk tidur tapi hari ini aku memang penat giler tahap GABAN dah... Mata pun dah tak larat nak angkat... Taip entry nie pun tah ape2 yang aku taip pun aku tak tahu... Aku pun kene tidur awal, sebab esoknya aku nak kene bangun pukul 5.00 pagi bersiap ke Dataran Merdeka untuk bantu peserta dari syarikat aku for this event....

Adooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Pengsannnnnnnnnnnnnnnn....

Wednesday, 19 July 2006


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seminggu sudah aku tidak menjenguk ruanganku ini dan dalam jangkamasa itu jugalah banyak perkara yang berlaku dalam hidupku... Seperti orang lain, aku tidak mempunyai banyak masa untuk menulis dan menaip dalam ruanganku ini...

Masa sentiasa mencemburui aku... Aku memohon ampun dan maaf jika ramai pembaca yang tertanya tanya apa yang terjadi pada diriku selama ini... Sebenarnya, aku masih lagi seperti sediakala... Tiada kejadian luar biasa yang berlaku... Masih lagi kuat dan sihat walafiat... Cuma yang menjadi penghalang buat diriku ialah aku tidak mempunyai kesempatan untuk memperbaharui ruanganku ini dengan khabar2 terkini... Sekali lagi, aku memohon maaf...

Kadang kala, aku amat cemburu kepada rakan2 bloggers yang lain... Masing2 berlumba lumba menyiarkan cerita di ruangan masing2... Bagus dan Alhamdulillah !!!... Aku nie kalau ade masa dan kesempatan, pasti akan menulis dan menaip... Setiap hari memang ada cerita yang tersendiri yang ingin aku kongsi bersama... Insya Allah, aku cuba paparkan nanti...

Buat sementara waktu ini, biarlah aku rileks sekejap... Settlekan semua perkara yang tertangguh dan selepas itu kembali aktif menulis dan menaip semula... Insya Allah, aku akan cuba 'mencuri' masa untuk menyiarkan khabar berita terkini buat tatapan pengunjung dan pembaca semua... Terima kasih kerana tidak jemu menyokong aku... Aku amat menghargainya....
Jaga diri, hiasi peribadi.... Wassalam....

Wednesday, 12 July 2006

Kesepian... memberi waktu padaku
Renungi saat saat indah bersamamu
Diantara kita tak pernah terucap madah
Melafaz janji setia rasa...

Perpisahan ini... memberi sejuta erti
Mengajar kita mengenali diri ini
Tak perlu ada ungkapan berbahasa
Kita sedia memakluminya...

Tiada kata pembukaan
Tiada berperenggan
Tiada akhiran
Tiada ruang hati, telah bersemadi
Tiadaku temui noktah cinta ini....

~ by Kak Chah ~

Terbayang bayang wajahnya dimata... Segala kisah silam bermain di ingatan.. Seolah olah seperti pemain cakera sedang ligat memutarkan CD dalam kepala otak aku ni... Tapi apakan daya aku... Tiada apa yang boleh aku lakukan... Semuanya sudah berlalu.. Berlalu menjadi kisah silam; lipatan sejarah dalam hidupku ini..

Ape yang aku boleh buat sekarang ialah meneruskan kehidupan seperti sedia kala... Tidak mahu lagi menoleh kebelakang... Ape yang berlaku, sudah pun berlalu... Tiada guna lagi mengenangkannya... Memang benar, payah untuk aku melupakan setiap yang terjadi.. Tapi aku harus gagahkan diri untuk tidak terus hanyut dengan buaian perasaanku sendiri....

Aku bersyukur kerana aku mempunyai rakan2 yang banyak menyokong dan bersama sama denganku.. Sedikit sebanyak membakar semangatku untuk terus berjuang demi masa depanku sendiri... Terima kasih atas segalanya !! Jasa kalian, tetapku kenang sampai bila2....

Insya Allah.......

Monday, 10 July 2006

Salam hari Isnin....

Ketika mentari berlabuh diufuk barat, aku memandang keluar jendela... Memerhati suasana redup senja yang semakin menjengah... Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 malam... Suasana hiruk pikuk dipejabat semakin lama semakin beransur hilang dicuping telinga menandakan semua orang telah pulang kerumah....

Aku ??... Aku masih lagi setia disini... Ditemani PC dan segala peralatan office yang lain... Disatu ketika, fikiranku melayang... Melayang memikirkan apa yang telah aku lakukan hari ini... Banyak benda dan perkara yang aku fikirkan dan aku sendiri tidak tahu sampai bila aku mampu memikirkannya... Adakah memadai apa yang aku lakukan hari ini untuk diriku? Atau masih ada lagi yang belum tertunai? Puaskah hati ini??

Persoalan demi persoalan datang menjelma... Lantas aku bawa diriku kealam nyata... Tidak mahu memikirkannya... Sesekali, aku teringat seorang insan yang pernah hadir dalam hidupku.. Seorang yang banyak memberikan sumber inspirasi kepadaku... Dahulu, dia sentiasa berada didepan mata tetapi tidak lagi kini... Dia telah pergi jauh... Jauh meninggalkan diriku ini.... Namun, aku kuatkan semangat tidak mahu mengimbau kenangan lalu... Kenangan yang banyak meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diriku... Sedikit sebanyak mengajar aku untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar... Menjadikan aku lebih dewasa dan matang.... Terima kasih kepada si dia.....

Ku tutup nukilanku ini dengan sepotong doa agar kau berbahagia disampingnya... Semoga kekal bersamanya....

Ameen......

Thursday, 6 July 2006

Aku nie tak abis2 dengan istimewa... Dah tak de benda lain ke nak cerita??

Mesti kalian fikir macam tu kan? Actually, bukan aku sengaja nak menunjuk nunjuk or whatever, aku cuma nak share betapa seronoknya aku minggu nie... Sempena hari lahir aku yang lepas, kawan2 aku sibuk nak bawak aku keluar sambut hari lahir aku... Aku sebenarnya tak kisah... Nak sambut tu memang boleh, tapi kan elok sambut time hari yang aku lahir... Kalau hari lain, dan rasa kureng sikit... Dah takde kick dah!

Anyway, aku tak boleh nak salahkan kawan2 aku pun... Dah hari tu aku ade hal (kerumah kawan aku sebab nak tengok baby dia dan malam tu ade dinner ngan best friends) so, terpaksalah yang lelain tu ambil nombor giliran... Kene buat appointment... Amboiiiiii, macam artis lak aku nie nak kene booking2.... Heheheheeee....

So, tadi.. aku dibawak keluar gie makan kat tempat favourite aku... mane lagi kalau bukan kat Secret Recipe... So, memandangkan kami malas nak keluar jauh2 (sebab jalan sesak waktu petang) so, we all decide pergi kat area Mid Valley aje... Senang pun senang....Dekat..... Orang pun tak ramai masa tu..... So, we enjoy ourself makan makanan yang sedap2... Masa kat sana, aku teringat memori silam.. Memori yang aku takkan lupakan selama lamanya... Tambahan pulak, aku duduk ditempat yang sama ketika ianya berlaku... Kalian jangan salah anggap pulak ye.. Bukan memori sedih tapi memori gembira... Aku sentiasa berharap agar aku dapat mengulangi saat itu... Betapa seronoknya !

Makan punye makan... sampai tak ingat jam dah dekat pukul 9.00 malam... Yelah, dah kene penangan "Pan Grill Lamb Chop" dan Makademia cake... manelah ingat nak balik... Kalau boleh nak stay dan makan lagi... Sedap betul..... Dulu kawan aku sambut birthday dia kat Shroomps, makanan tak seberapa sangat... Kali ini, kami hentam habis2 an.... Seronok tul...

Dah sudah tu, aku dan kawan2 sempat lagilah gie shopping kat dalam Mid Valley tu memandangkan mereka telah menghadiahkan aku dengan shopping voucher worth RM XXX (nak tahu ke brape???)... Seronok tul.. So, ape lagi... aku pun terus shoppinglah.... Memang aku ade berhajat nak beli something for myself... Dah gie survey dah... Tapi aku tahan diri aku tak beli sebab nak tunggu waktu sale nanti... Kalau beli sekarang, dapat harga asal.... Tak dapat discount....

Dekat pukul 10.00 lebih aku dan kawan2 keluar dari Mid Valley pulang ke rumah... Dalam perjalanan pulang, aku tersenyum sorang2 mengingati ape yang telah berlaku tadi.. Kenangan yang sukar untuk aku lupakan...

Terima kasih kepada Harith dan Zai ! Next time, turn you all lak........









Wednesday, 5 July 2006

Assalamualaikum....

Sebelum aku mulakan coretan aku kali ini, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengingati diriku ini... Aku rasa terharu yang teramat sangat kerana walaupun dengan keadaan diriku yang serba kekurangan ini, masih ada lagi insan2 yang penyayang dan baik hati ingin bersama denganku... menjadi teman dan rakan yang akrab... Tidak lupa juga dengan teman2 dan pengunjung blog aku... Aku rasa berbangga kerana mempunyai rakan dan teman seperti kalian....

Buat Madi di Kuantan... walaupun kita berjauhan.. kau tetap kawan yang baik.. Ingat padaku sepanjang masa! Terima kasih... Buat Bro Joe dan Adi yang sentiasa tertanya tanya khabar aku, aku minta maaf kerana telah lama menyepi... Sekarang aku dah buat come back.. Insya Allah, aku akan singgah blog kalian selepas ini... Buat Iz yang berada di Bangi, good luck in your future undertakings! I know you just get a new job ! Congrats to you my friend... All the best and I'm sure we will get in touch everytime.... Zam & R, thanks for your support!... Really appreciate that dan rajin2 la datang lagi.... To Eva.. You're such a lovely nice person... Thanks for your support... Now, I'm back and you don't have to worry...

Pada yang lain2 yang aku tak mention nama tu, jangan risau... Aku tak mention bukan sebab aku lupa.. Aku ingat cuma kalau aku teruskan menulis nama kalian setiap satu, sampai berjela jela lah entry aku kali ini !! Esok pun tak habis... I just want to make it simple and sweet...

Sedar atau tidak, semalam usia aku bertambah lagi.... Genap 27 tahun aku hidup diatas muka bumi ini... Setakat ini, masih banyak perkara yang belum aku capai... Nampak gayanya, aku kene kerja keras lagilah... Aku kene banyak berusaha untuk mencapai matlamat aku... Hari ini, rakan2 satu pejabat telah buat something yang betul2 mengejutkan aku... Memandangkan aku nie 'baby tua' dia orang celebrate birthday aku kat pejabat... Aku rasa terharu sangat kerana mereka sanggup bersusah payah keluar beli kek, cari hadiah dan beli makanan just untuk celebrate birthday aku... Kalau kalian nak tahu, aku seboleh bolehnya nak rahsiakan harijadi aku semalam... tapi tah macam mane, terpecah rahsia lak.... Sampai satu company kepoh... Maluuuuu woooo.....

Dan bila dah kepoh tu, paham - pahamle... E-mail office aku nie sampai dah exceed quota limit dah... Penuh dengan ucapan selamat hari jadi... Seronok dan rasa terharu makin menebal dihati dan aku rasa gembira yang teramat sangat... Tak tahu nak cakap macam mane dah... Cuma ape yang boleh aku lakukan, aku hanya dapat membalas dengan ucapan terima kasih kepada semua kerana ingat kat aku... 27 tahun yang lepas, aku telah dilahirkan kedunia ini dengan penuh harapan... Kali ini, mereka semua telah menyemarakkan harapan tersebut dengan menyambut hari lahir aku.... Terima kasih sekali lagi !!!

Yang paling berharga ialah ucapan dari ahli keluarga dan teman rapat... Mereka adalah sumber inspirasi dan kekuatanku selama ini... Terima kasih pada kalian semua !

To DMII classmates, thanks for the lovely gifts ! Aku dah pakai immediately sebab terlalu suke sangat !! Pandai lak kalian pilih ye ???











.

Tuesday, 4 July 2006

Penat...

Itulah yang aku gambarkan hari ini... Walaupun banyak perkara yang aku nak kena uruskan, aku gagahkan diri juga untuk melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan... Hari ini, aku ada temu janji dengan kawan se-office aku... Aku nak kene melawatnya di rumah sebab dia baru saja mendapat cahayamata yang ketiga... Baby boy !!

Masa aku sampai tu, baby baru aje bangun... Rasa bersalah lak aku sebab aku sampai aje, terus si ibu membangunkan Aqil... Aku dah pesan, tak payahle dikejutkan budak tu... Biarkan dia tidur, tapi tidak diendahkan... Bila aku pergi dekat dengan buaian, alangkah terkejut dan gembiranya aku melihat si kecil yang comel ini !! Matanya yang bulat, meliar memandang keliling... Sesekali, dia mengeliat dan merengek... Rupanya, sudah tiba masa untuk minum susu...

Aku amati Aqil.. 2 bulan lepas ketika dia dilahirkan kemuka bumi ini, beratnya cuma 2.8 kg saja.. Kecil sebab dilahirkan 'premature'... 2 minggu awal... Mengikut si ibu, masa sambut Aqil, kepalanya cuma sebesar telapak tangan... Bayangkan, betapa kecilnya si Aqil ini.. Tapi seteleh dua bulan mengenal dunia, lihatlah si dia... Dah besar dan semakin lasak !! Geram pulak aku tengok dia.. Dengan pipinya yang tembam, eeeee.... rasa macam nak picit2....

Aku girang melihat telatah si kecil ini... Aku rasa, jika kalian ada bersamaku, kalian pun bersetuju... Sambil bermain main dengannya, aku sempat mengabadikan beberapa foto kenangan... Mane lah tahu kan, bila dia besar nanti dapatlah dia lihat bagaimana dia sewaktu kecil... Buat kawan aku tu, tahniah kerana dikurniakan cahayamata yang comel... Since this is first baby lahir untuk staff department aku, dapatlah Aqil nie title "Baby of The Year"... Hehehee....







Monday, 3 July 2006

Aku termenung sejenak....

Memikirkan tentang satu perkara yang sukar untuk aku jawab... Persoalan yang selalu bermain dibenak fikiran segelintir manusia yang hidup diatas muka bumi ini... Adakah benar jika kita menyukai seseorang, kita tidak seharusnya memaksa dia untuk menyukai kita? Mengapa dalam menjalinkan sesebuah perhubungan itu, kita harus melepaskan beberapa perkara yang kita sendiri sukar untuk melepaskan ?

Aku selalu menerima atau mendengar orang berkata, jika kita suka pada seseorang itu, kita seharusnya membiarkan dia kerana itu adalah cara yang paling baik... Dan apabila dia memang ditakdirkan/dilahirkan untuk kita, dia pasti akan pulang kepangkuan kita @ kembali semula pada kita....

Sejauh manakan kebenaran ini?

Aku sendiri tidak paham... Setahu aku, kalau kita dah suka, kita akan approach dia kepada kita... Kita kene tackle dia supaya kita akan mendapat perhatian dari kita? Tapi kalau nak di ikutkan kenyataan diatas seolah olah menunjukkan kita nie tiada peluang untuk bersama dengan orang tersayang... Macam mane nie?

Bila aku amati semula, mungkin ada benarnya juga... Bagi aku, kita boleh memiliki sesiape saja.. Tapi cuma sebagai rakan dan taulan.. Tidak sebagai seorang yang istimewa... Tapi jika kita ingin memiliki seorang sebagai insan istimewa dalam hidup kita, seharusnya pilihan bukan ditangan kita tapi ditangan orang itu.... Jikalau ade keserasian, maka dialah yang kita cari dan miliki.. Jika tidak, maka cukuplah sekadar perhubungan biasa saja.... Mungkin itulah apa yang dimaksudkan...

Itulah pandangan aku, tapi tak tahulah pandangan kalian macam mane....

Friday, 30 June 2006

Aduuhhhh....

Lega rasanya hati ini bila peperiksaan aku yang berlansung selama 3 jam bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah 1.00 tengahari berakhir! Aku rasa bebas yang teramat sangat dan jarang sekali aku dapat menikmati saat saat dimana aku tidak perlu risau dan bekejar ke kelas setiap pagi Sabtu...

Untuk pengetahuan kalian, peperiksaan tadi adalah peperiksaan terakhir untuk module terakhir aku.. Sedar atau tidak, sudah genap setahun aku belajar, bertungkus lumus membuat assignment dan sebagainya... Tepat jam 1.00 tadi, berakhirlah segala galanya... Sudah mesti aku akan merindui saat2 manis pergi ke kelas bersama rakan rakan...

Bercakap mengenai peperiksaan, memang ramai yang tidak suka! Yelah, peperiksaan banyak menduga sejauh mana kemampuan kita memahami subjek yang telah kita pelajari.. Macam aku, bukan aku tak suka peperiksaan, cuma yang aku tak tahan ialah jari jemari aku nie macam dah nak tercabut menulis diatas kertas jawapan.... Dengan had masa yang memang menduga kecekalan kita (3 jam) dan banyak soalan yang nak kene jawab (especially essay question)... memang kita akan rasa tertekan... Aku kadang2 pasrah dengan apa yang bakal aku terima selepas itu... Jika ada rezeki, dapatlah aku keputusan yang cemerlang.... Kalau tidak, sekadar lulus ajelah...

Jauh disudut hati aku, aku memang mensasarkan keputusan cemerlang bila menduduki ape2 peperiksaan.. Macam kelas yang aku ambil nie, ade 5 module aku nak kene lalui dan setiap satu module memang mencabar kewibawaan aku... Semua subjek tu memang berguna dimasa hadapan.. Jadi, perhatian dan tumpuan yang telah aku berikan selama ini memang 100%.. Sehinggakan aku sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat ulangkaji pelajaran sebelum tiba hari peperiksaan...

Alhamdulillah, aku lega kerana tadi, semuanya sudah selesai... Rasa seperti balak yang ade atas kepala telah dilepaskan.... Ringan seringan ringannya kepala otak aku skarang...

Legaaaaa........................
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.