Wednesday 5 July 2006

Assalamualaikum....

Sebelum aku mulakan coretan aku kali ini, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengingati diriku ini... Aku rasa terharu yang teramat sangat kerana walaupun dengan keadaan diriku yang serba kekurangan ini, masih ada lagi insan2 yang penyayang dan baik hati ingin bersama denganku... menjadi teman dan rakan yang akrab... Tidak lupa juga dengan teman2 dan pengunjung blog aku... Aku rasa berbangga kerana mempunyai rakan dan teman seperti kalian....

Buat Madi di Kuantan... walaupun kita berjauhan.. kau tetap kawan yang baik.. Ingat padaku sepanjang masa! Terima kasih... Buat Bro Joe dan Adi yang sentiasa tertanya tanya khabar aku, aku minta maaf kerana telah lama menyepi... Sekarang aku dah buat come back.. Insya Allah, aku akan singgah blog kalian selepas ini... Buat Iz yang berada di Bangi, good luck in your future undertakings! I know you just get a new job ! Congrats to you my friend... All the best and I'm sure we will get in touch everytime.... Zam & R, thanks for your support!... Really appreciate that dan rajin2 la datang lagi.... To Eva.. You're such a lovely nice person... Thanks for your support... Now, I'm back and you don't have to worry...

Pada yang lain2 yang aku tak mention nama tu, jangan risau... Aku tak mention bukan sebab aku lupa.. Aku ingat cuma kalau aku teruskan menulis nama kalian setiap satu, sampai berjela jela lah entry aku kali ini !! Esok pun tak habis... I just want to make it simple and sweet...

Sedar atau tidak, semalam usia aku bertambah lagi.... Genap 27 tahun aku hidup diatas muka bumi ini... Setakat ini, masih banyak perkara yang belum aku capai... Nampak gayanya, aku kene kerja keras lagilah... Aku kene banyak berusaha untuk mencapai matlamat aku... Hari ini, rakan2 satu pejabat telah buat something yang betul2 mengejutkan aku... Memandangkan aku nie 'baby tua' dia orang celebrate birthday aku kat pejabat... Aku rasa terharu sangat kerana mereka sanggup bersusah payah keluar beli kek, cari hadiah dan beli makanan just untuk celebrate birthday aku... Kalau kalian nak tahu, aku seboleh bolehnya nak rahsiakan harijadi aku semalam... tapi tah macam mane, terpecah rahsia lak.... Sampai satu company kepoh... Maluuuuu woooo.....

Dan bila dah kepoh tu, paham - pahamle... E-mail office aku nie sampai dah exceed quota limit dah... Penuh dengan ucapan selamat hari jadi... Seronok dan rasa terharu makin menebal dihati dan aku rasa gembira yang teramat sangat... Tak tahu nak cakap macam mane dah... Cuma ape yang boleh aku lakukan, aku hanya dapat membalas dengan ucapan terima kasih kepada semua kerana ingat kat aku... 27 tahun yang lepas, aku telah dilahirkan kedunia ini dengan penuh harapan... Kali ini, mereka semua telah menyemarakkan harapan tersebut dengan menyambut hari lahir aku.... Terima kasih sekali lagi !!!

Yang paling berharga ialah ucapan dari ahli keluarga dan teman rapat... Mereka adalah sumber inspirasi dan kekuatanku selama ini... Terima kasih pada kalian semua !

To DMII classmates, thanks for the lovely gifts ! Aku dah pakai immediately sebab terlalu suke sangat !! Pandai lak kalian pilih ye ???











.
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.