Wednesday 19 July 2006


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seminggu sudah aku tidak menjenguk ruanganku ini dan dalam jangkamasa itu jugalah banyak perkara yang berlaku dalam hidupku... Seperti orang lain, aku tidak mempunyai banyak masa untuk menulis dan menaip dalam ruanganku ini...

Masa sentiasa mencemburui aku... Aku memohon ampun dan maaf jika ramai pembaca yang tertanya tanya apa yang terjadi pada diriku selama ini... Sebenarnya, aku masih lagi seperti sediakala... Tiada kejadian luar biasa yang berlaku... Masih lagi kuat dan sihat walafiat... Cuma yang menjadi penghalang buat diriku ialah aku tidak mempunyai kesempatan untuk memperbaharui ruanganku ini dengan khabar2 terkini... Sekali lagi, aku memohon maaf...

Kadang kala, aku amat cemburu kepada rakan2 bloggers yang lain... Masing2 berlumba lumba menyiarkan cerita di ruangan masing2... Bagus dan Alhamdulillah !!!... Aku nie kalau ade masa dan kesempatan, pasti akan menulis dan menaip... Setiap hari memang ada cerita yang tersendiri yang ingin aku kongsi bersama... Insya Allah, aku cuba paparkan nanti...

Buat sementara waktu ini, biarlah aku rileks sekejap... Settlekan semua perkara yang tertangguh dan selepas itu kembali aktif menulis dan menaip semula... Insya Allah, aku akan cuba 'mencuri' masa untuk menyiarkan khabar berita terkini buat tatapan pengunjung dan pembaca semua... Terima kasih kerana tidak jemu menyokong aku... Aku amat menghargainya....
Jaga diri, hiasi peribadi.... Wassalam....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.