Monday 10 July 2006

Salam hari Isnin....

Ketika mentari berlabuh diufuk barat, aku memandang keluar jendela... Memerhati suasana redup senja yang semakin menjengah... Jarum jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 malam... Suasana hiruk pikuk dipejabat semakin lama semakin beransur hilang dicuping telinga menandakan semua orang telah pulang kerumah....

Aku ??... Aku masih lagi setia disini... Ditemani PC dan segala peralatan office yang lain... Disatu ketika, fikiranku melayang... Melayang memikirkan apa yang telah aku lakukan hari ini... Banyak benda dan perkara yang aku fikirkan dan aku sendiri tidak tahu sampai bila aku mampu memikirkannya... Adakah memadai apa yang aku lakukan hari ini untuk diriku? Atau masih ada lagi yang belum tertunai? Puaskah hati ini??

Persoalan demi persoalan datang menjelma... Lantas aku bawa diriku kealam nyata... Tidak mahu memikirkannya... Sesekali, aku teringat seorang insan yang pernah hadir dalam hidupku.. Seorang yang banyak memberikan sumber inspirasi kepadaku... Dahulu, dia sentiasa berada didepan mata tetapi tidak lagi kini... Dia telah pergi jauh... Jauh meninggalkan diriku ini.... Namun, aku kuatkan semangat tidak mahu mengimbau kenangan lalu... Kenangan yang banyak meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diriku... Sedikit sebanyak mengajar aku untuk mengenal erti kehidupan yang sebenar... Menjadikan aku lebih dewasa dan matang.... Terima kasih kepada si dia.....

Ku tutup nukilanku ini dengan sepotong doa agar kau berbahagia disampingnya... Semoga kekal bersamanya....

Ameen......
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.