Kesepian... memberi waktu padaku
Renungi saat saat indah bersamamu
Diantara kita tak pernah terucap madah
Melafaz janji setia rasa...
Perpisahan ini... memberi sejuta erti
Mengajar kita mengenali diri ini
Tak perlu ada ungkapan berbahasa
Kita sedia memakluminya...
Tiada kata pembukaan
Tiada berperenggan
Tiada akhiran
Tiada ruang hati, telah bersemadi
Tiadaku temui noktah cinta ini....
~ by Kak Chah ~
Terbayang bayang wajahnya dimata... Segala kisah silam bermain di ingatan.. Seolah olah seperti pemain cakera sedang ligat memutarkan CD dalam kepala otak aku ni... Tapi apakan daya aku... Tiada apa yang boleh aku lakukan... Semuanya sudah berlalu.. Berlalu menjadi kisah silam; lipatan sejarah dalam hidupku ini..
Ape yang aku boleh buat sekarang ialah meneruskan kehidupan seperti sedia kala... Tidak mahu lagi menoleh kebelakang... Ape yang berlaku, sudah pun berlalu... Tiada guna lagi mengenangkannya... Memang benar, payah untuk aku melupakan setiap yang terjadi.. Tapi aku harus gagahkan diri untuk tidak terus hanyut dengan buaian perasaanku sendiri....
Aku bersyukur kerana aku mempunyai rakan2 yang banyak menyokong dan bersama sama denganku.. Sedikit sebanyak membakar semangatku untuk terus berjuang demi masa depanku sendiri... Terima kasih atas segalanya !! Jasa kalian, tetapku kenang sampai bila2....
Insya Allah.......