Thursday 14 September 2006

Sewaktu ditempat kerja hari ini, aku telah dilemparkan dengan satu soalan... Kawan sepejabat aku ni bertanya, kenapa aku adalah antara orang yang datang paling awal ke pejabat dan merupakan orang terakhir beredar meninggalkan tempat duduk aku untuk pulang kerumah... Soalan begini memang selalu ditanya kepada aku selama hampir 10 tahun aku bekerja disini... Kira dah lali dan dah biasa dengan soalan macam ni...

Jawapan aku senang sahaja, terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan dan aku harus melakukannya selagi terdaya... Bukan kerana aku seorang yang work-a-holic person. Kemudian, soalan itu tidak habis disitu... Aku ditanya lagi... Aku ni tidak ada rasa penat dan bosan ke dengan kehidupan macam ini? Jawapan aku ringkas... Aku nyatakan kepadanya bahawa memang ada rasa penat dan bosan tetapi jika tanggungjawab yang telah diberikan 100% kepada aku, masakan aku harus mengabaikannya? Lagipun, bukan setiap hari dalam seminggu aku balik lambat... Adelah sehari dua aku pulang awal... Jadi aku mengambil peluang menghilangkan kepenatan dan kebosanan aku dihari tersebut... Kan kira balance dah tu...

Makin lama, makin seronok pulak kawan aku ni bertanya seolah olah dia tu macam wartawan majalah Mangga pula... Aku pun jenis bangsa tak kisah dan melayan selagi boleh terlayan... Lantas dia bertanya lagi padaku tentang kehidupan... Katanya, aku ni tidak ada life ke? Asyik datang awal dan balik lewat saja... Tidak teringin ke hati keluar bersantai selepas waktu kerja, pergi minum minum, jalan jalan, pergi tengok wayang, keluar dengan awek dan sebagainya... Waduuuhhhh, banyak lak point yang dia nak tahu dalam satu soalan... Namun, aku jawab juga... Terus aku bagitau memang aku teringin sangat! Manusia mana yang tidak teringin keluar dari kesibukan kerja, pergi bersantai dan bercuti... Paling tidak pun, selepas waktu kerja, pergi berjalan jalan, makan makan atau tengok wayang... Memang aku ade buat semua tu tapi tidak le hari hari... Aku ni pula lebih senang mempraktik konsep ekonomi dimana segala perkara yang aku nak buat, aku kena fikirkan tentang bajet... Kalau ada bajet lebih, aku buatlah... Tapi kalau tak, aku lebih senang duduk dipejabat selesaikan segala kerja dan lepas tu pulang kerumah... Setakat ini, aku tidak ada orang istimewa dan tak susah untuk aku memikirkan pasal hal itu... Kalau ada awek, takkannye aku nak duduk kat sini layan kerja aku... Mampus aku kena sekeh dengan awek aku...

Selepas itu dia senyap sekejap... Mungkin apa yang dia ingin tahu sudah diketahui kot... Aku pun rasa lega dan tidak perlu di interview oleh dia lagi... Tiba tiba dia bersuara semula dan ini merupakan soalan dia sebelum dia beredar untuk pergi mesyuarat... Tanya dia, selama aku stayback ni tak claim kerja lebih masa ke? Alamakkkk... aku dah agak dah dia mesti tanya aku soalan ini... Bukan apa, jika soalan pertama berkait rapat mengenai kerja, pasti soalan ini akan keluar sekali... Macam soalan periksa pulak ye...

Dengan selamba aku menjawab, tak... selama aku bekerja dibahagian baru ini, memang tak pernah claim... Muka dia berkerut seolah olah pelik dengan jawapan aku... Namun kecurigaannya hilang kerana dia kena beredar... Tapi aku rasa aku tahu apa yang bermain difikirannya... Mesti dia ingin mengetahui kenapa aku tidak pernah tuntut bayaran kerja lebih masa sedangkan aku bekerja...

Soalan begini sukar untuk aku jawab sebenarnya kerana aku sudah banyak kali terkena... Bukan aku tidak mahu tuntut tapi memandangkan banyak prosedur dan arahan dari pihak atasan, memang payah untuk aku tuntut... Boss mat salleh aku pernah sound aku kenapa nak claim OT sedangkan semua kerja kerja ini boleh disiapkan ketika waktu pejabat... Bila dah dengar, terus aku rasa malas nak claim...

Itulah sebenarnya... Bila boss dah mula bising, aku rasa tak sedap hati lak nak claim. Terus aku batalkan niat aku... Tak apalah, apa yang aku lakukan ini pun bukannya akan merugikan aku... Lagipun, dah memang kerja aku... Kalau aku tak siapkan, bila lagi? Tambahan pula, aku selalu beringat, kerja ini satu ibadah dan aku selalu menganggap bahawa bila aku buat kerja tu seolah olah aku melakukan ibadah... Pesanan ini pun turut disampaikan oleh seorang kakak yang baik dengan aku... Jadi, hati aku tak adalah rasa ralat sangat... Satu lagi, aku yakin dengan apa yang aku lakukan selama ini pasti akan menerima ganjaran yang besar dari Allah SWT... Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tapi InsyaAllah, dalam bentuk yang lain... Sebagai manusia, sesungguhnya aku tidak tahu tapi aku yakin.. Dalam masa yang sama, aku dapat belajar banyak perkara disamping menimba pengalaman yang berharga buat diriku dimasa hadapan... Hati aku pun senang dengan cara begini dan ketenangan dan kepuasan yang aku perolehi sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum sepanjang masa...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.