Wednesday 13 August 2008

Kadang-kala aku rasa keseorangan...

Walaupun ada ramai rakan-rakan dan teman-teman disekeliling aku, adakalanya aku rasa seperti aku berada di dunia asing; tanpa ada sesiapa disisi...

Memang tidak dinafikan, bila aku bangun pagi, bersiap untuk pergi bekerja seperti biasa, berjumpa dan berurusan dengan pelbagai jenis orang, kelihatan seperti kehidupan aku diisi dengan pelbagai jenis aktiviti yang membuatkan aku tidak duduk diam... Ada saja perkara yang perlu aku lakukan... Agak mustahil untuk aku berasa sepi dan keseorangan kerana setiap masa aku diluangkan bersama orang disekeliling aku...

Nampak seperti aku OK tapi percayalah, adakalanya aku rasakan diri aku sudah jauh dari semua orang... Aku rasa kosong, rasa seperti aku telah tiada lagi walaupun realitinya jasad aku masih kekal disini... Aku tidak tahu apa yang berlaku keatas diri aku dan mengapa aku rasa begini...

Selalunya, bila perasaan ini datang, aku lebih suka berada bersama orang yang aku sayang; supaya aku dapat meluahkan apa yang terbuku di hati dan jiwaku kembali tenang semula... Tetapi kali ini, mood aku telah tiada dan aku lebih banyak membawa diri; menghabiskan masa berseorangan... Entah kenapa kaki ini dengan spontan melangkah pergi tanpa diketahui arah tujuan... Apakah aku sudah berubah? Adakah aku akan terus kekal begini sampai bila-bila?

Hanya Allah sahaja yang tahu....

Aku memohon padaNya agar aku dapat kembali seperti sediakala... Agar aku tidak 'hanyut' dek perasaan sendiri... Agar aku tidak terus terleka dengan gelora hati yang adakalanya OK adakalanya tidak... Mungkin aku terlalu banyak berfikir dan terlalu mengikut perasaan sangat... Aku seharusnya memberi ruang kepada diri aku sendiri; melepaskan apa yang aku pendamkan selama ini dengan mengharungi kehidupan aku seadanya...

Ada hikmah disebalik semua ini... Allah itu Maha Agung, Dia tahu apa yang sedang aku rasakan dan sesungguhnya Dia telah menetapkan kepada aku, qada' dan qadar sejak dari mula lagi... Aku hanya mampu berserah dan memohon kepadaNya...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.