Monday 31 July 2006

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sedang aku leka meng'update' blog aku menggunakan laptop kesayangan, tiba tiba handphone aku berdering... Terdetik hati di ikuti perasaan curiga, "Ehh... siapa pulak yang telefon aku malam malam buta ini??"... Dari nada dering yang memang telah aku set untuk setiap kawan kawan, panggilan nie macam dari kawan office aku... Tapi kenapa yaa? Dah tengah malam buta, dia orang nak call? Jarang sekali aku terima call dari kawan pejabat selepas pukul 12.00.... Kalau ade panggilan pun, dari kawan baik aku... Tu aje....

Aku capai telefon yang terletak di atas sofa bilik aku... Aku lihat di paparan skrin, dahi aku berkerut... Kenape pulak kawan aku nie (pangkat kakak) call aku? Tak pernah pernah dia call aku malam malam buta... Aku mula rasa risau... Ada apa2 yang berlaku ke?... Untuk pengetahuan kalian, kawan yang aku maksudkan ni ialah ibu kepada baby Aqil dimana kisahnya pernah aku paparkan sebelum nie... Aku jadi kaget, macam2 persoalan bermain difikiran aku....

Dengan penuh kerisauan, aku angkat panggilan itu... Kedengaran suara kawan aku tu menggeletar dan tidak bermaya... Tidak semena mena, dalam beberapa saat... Dia menangis... Menangis teresak esak... Aku yang dah memang sedia maklum risau, lagilah bertambah risau... Aku minta dia bersabar dan bertanya apa yang berlaku... Lantas dia pun cakap dengan suara yang tidak jelas " ..... dah tak de!!"... Kalian paham paham ajelah, aku memang sensitif dengan perkataan "tak ada" sekarang ini... Lately nih, banyak betul aku terima berita orang meninggal dunia... Dah tu, orang yang aku kenal lak tu... Rasa sayu... Dalam fikiran aku, pleasseeee... janganlah orang yang dia maksudkan tu ialah anak dia; si Aqil !! Aku tak sanggup nak dengar... Seperti mane yang kalian tahu, baby Aqil nie lahir tak cukup bulan... So, aku risau sebab banyak possibility boleh terjadi pada baby nie kalau tak dijaga dengan betul...

Aku tanya kawan aku tu semula... Siapa yang dah tak de sebab memang aku tak dapat dengar ape yang dia cakap... Yelah, bercakap dalam keadaan menangis, mane nak dengar kan? Aku minta kawan aku tu banyak mengucap dan bersabar... Tenangkan diri... Akhirnya, barulah aku dapat dengar, rupanya mak dia baru saja meninggal... Terkejut gak aku sebab baru aje hari tu aku pergi rumah dia nak tengok baby Aqil... Mak ngan ayah dia ada... Semua nampak OK... Tulah, inilah ketentuan Tuhan... Ajal maut, ditangannya....

Aku malas nak borak lama lama ngan kawan aku tuh sebab aku tahu dia tengah bersedih skarang ini... Jadi selepas aku letak telefon, terus aku SMS semua rakan2 pejabat me war war kan tentang perkhabaran sedih ini... Surprisingly, ramai gak yang belum tidur... Ramai yang bertanya, aku gie melawat tak... Aku just cakap, Insya Allah... esok pergilah aku...

Al-fatihah buat arwah dan takziah pada keluarga kawan aku itu...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.