Sunday 30 July 2006

Baru - baru ini, aku tak tahu ape yang dah aku buat...

Kalian bayangkanlah, hari ini merupakan hari yang aku kategorikan sebagai hari penat aku... Tahu tak kenape? Sebab ada banyak benda yang aku lakukan hari ini yang orang lain tak buat... Walaupun aku penat, tapi aku puas melakukannya...

Kalian jangan salah anggap pulak ye... Ape yang aku lakukan bukan sesuatu yang bertentangan disisi undang undang dan agama... Aku akan jelaskan satu persatu apa yang aku maksudkan ini... Actually, hari ini... aku bersama sama beberapa rakan aku telah pergi melawat beberapa lokasi tanah tinggi menarik yang terdapat di Semenanjung Malaysia nie... Seawal jam 8.00 pagi kami keluar sampailah dekat jam 1.00 pagi, barulah semua ini selesai... Non-stop, aku ngan kawan aku berjalan pergi ke setiap lokasi...




Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser, Pahang... Saje ke sana sebab nak survey tempat for my department's family outing tahun ni... Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 4 jam melalui trunk road Kuala Kubu Bharu... Bila dah lepas Kuala Kubu tu, bermula lah adventure kami... Pada mulanya aku OK aje tapi bila dah mendaki bukit dengan keadaan jalan yang macam ular kene palu tu, terus kepala aku berpusing!! Aku rasa tak tahan sangat sampai mabuk dalam kereta... Aku rasa, kalau drive mungkin tak mabuk kot.. Nie sebab duduk sebelah driver, aku rasa tak tahan sangat... Yang paling kesian, kawan aku yang duduk belakang tulah... Tergeleng geleng kepala... Dah le kepala pening, nak sampai atas tu rasa macam lambat sangat !!! Adooooiiiii... hazab betul.....





Bila dah pusing pusing tu, lama lama sampailah jugak kami diatas... Lega rasanya dan sebaik sahaja aku turun, terus aku tak tunggu lama, cari tandas... Nak membuang apa yang patut... Rasa tak larat sangat dalam kereta tadi... Baik aku lepaskan kat dalam toilet tu... Sorry arr...

Aku rasa kaget bila sampai kat sana... Ini adalah kali pertama aku jejakkan kaki aku di Bukit Fraser... Selama ini memang tak pernah sampai pun... Selalu dengar orang bercerita saja... Kali ini aku berpeluang kesana... Suasananya cukup nyaman dan tidak terlalu sejuk... Suhu dalam 21 - 23 darjah celcius... Kira oklah untuk jalan jalan... Matahari ada tapi tak terik sangat... Sesuai untuk aktiviti luar... Aku pun jalan jalan meninjau keadaan sekeliling... Boleh tahan gak tempat nie... Ada macam macam kat sana... Segala kelengkapan seperti Balai Polis, Pejabat Pos, Klinik Kesihatan dan sebagainya ada disediakan... Jadi, dalam fikiran aku, mesti ramai yang tinggal kat sini... Lagipun, semua nie kena ada sebab bayangkanlah nak datang sini bukan senang... Terpaksa merentas jalan yang kalian paham2 le macam mane...

Aku banyak menghabiskan masa kat sana... Meninjau keadaan sekeliling dan tempat penginapan yang ada... Banyak gak resort kat situ... Disamping resort, terdapat berpuluh puluh banglo besar milik persendirian dan syarikat2 seperti TNB, Telekom, Maybank dan sebagainya... Memang kenelah pun... kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi dan menjadi tumpuan pelancong... Keindahan alam semulajadi dan yang mententeramkan merupakan aspek penting kenapa ramai yang nak bina banglo kat sini... supaya mereka dapat berehat dan bercuti... Aku dan kawan kawan aku terkasima melihat banglo2 yang ada... Sambil2 tu berangan la kejap tinggal kat dalam banglo tu...





Kami sempat pergi banyak tempat dan singgah kat few resort kat sana... Antaranya Shahzan Inn, Fraser's Silverpark dan Fraser'S Pine Resort... Nie antara resort yang memang aku recommend kat kalian kalau nak pergi Fraser especially Silverpark! Resort nie ala ala apartment yang mana kemudahan yang disediakan sebijik macam rumah apartment... Lengkap ada pantry dan sebagainya... So, kalau kalian nak bawak keluarga kalian bercuti kat sini, bolehle datang ke Silverpark nie... Pasti kalian puas hati...




Ermm... Dekat petang, baru kami turun dari Fraser's Hill... Perjalanan tidak berhenti disitu... Sesudah Fraser, kami pergi pulak ke Cameron... Gila kan? Tak pernah dibuat orang... Kalau di ikutkan, nak aje balik tapi rasa macam rugi pulak... Dah jalan jauh jauh, pastu nak balik... Esok kene keluar pergi ke Cameron... Leceh... So, alang alang dah keluar, terus ajelah...




Sebelum bertolak ke Cameron, kami turun di R&R Tapah untuk solat dan makan... Lapar woo.. dari pagi (selepas breakfast, tak de benda masuk dalam perut... siape boleh tahan?!!)... Kami ikut laluan Simpang Pulai - Cameron... Bila masuk aje Cameron, hari dah mula gelap... Nak senja dah masa tu... Suasana mula dingin dan berkabus... Aku tengok jalanraya macam lembab aje... Lepas hujan agaknya... Aku lihat diawal perjalanan, banyak kawasan hutan kat sini telah dibersihkan untuk didirikan kilang... Banyak betul kilang batu kapur kat sini... So, paham2 ajelah... Udaranya pun tak sebersih dan senyaman yang kita harapkan... Depan belakang lori pengangkut keluar masuk... Seram gak tengok...





Destinasi aku dan kawan2 tak de tempat lain kecuali Strawberry Park Resort aje.. Ingat nak le singgah satu dua tempat lagi tapi sebab dah malam, tak jadi pergi... Aku spend time kat sana pun sekejap aje sebab Marketing officer tak de kat situ... Bilik pun mengikut kata reception semuanya full house!! Maklumlah, hari Sabtu... Orang banyak bercuti kot... So, tak merasalah kawan2 aku nie nak tengok bilik yang cantik2 tu.... Cam aku, aku tak kisah sangat sebab pernah menginap disini tahun lepas... Masa tu ade kursus kat sini...




Dah settle semua, kami pun baliklah ke KL melalui jalan lama Cameron - Tapah... Masa nie, walaupun jalannya simpang siur dan teruk macam Fraser tadi, aku tak pening sangat sebab malam... Tak nampak ape... Ok lagilah... Kawan aku nie lak, gie bawak MyVi tu macam lipas kudung... Laju giler... Risau lak aku.. Dah le banyak selekoh.. Simpang siur.... dengan gelap dan berkabus... Kejap kejap high beam... Risau gak aku... Alhamdulillah, bila sampai Tapah, lega rasanya... Berenti jab kat R&R Tapah untuk makan malam.... Memandangkan sejuk, aku belasah kueh teow soup kat situ... Rasa sedaplah pulak.... Heheheheheheheeeee....

Aku sampai umah dalam kul 1.00 pagi... Giler kan? Dari awal pagi keluar, balik lak dah tengah malam.... Nasib baik esok tak kerje... Kalau tak, lentok ajelah kepala aku ni kat opis...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.