Monday 24 July 2006

Kalian masih ingat lagi tak hari Jumaat yang lepas masa aku buat entry pasal 4X4 challenge organised by my company?? Haa... kali ini, aku nak selitkan sedikit cerita pasal 4X4 nie lah... Memandangkan aku tak pergi challenge tu, aku cuma boleh bagitau serba sedikit saje (berdasarkan write up kawan aku yang pergi nie..) Quite interesting gak challenge kali ini...

Seramai 50 orang mengambil bahagian dalam off-road kali ini melibatkan 18 kenderaan pacuan 4 roda... Destinasi mereka, ke hutan balak Ulu Slim, Perak... Sambil buat aktiviti ala ala Camel Trophy, mereka juga turut melawat perkampungan orang asli sambil membuat kerja amal... Kira package nie 2 in 1 lah.... Nak buat aktiviti macam nie bukannye senang... So, might as well sumbat macam macam program untuk memeriahkan trip...

Mereka nie semua berada kat dalam hutan tu selama 3 hari, 2 malam bermula hari Jumaat (21 Julai 2006) sampailah hari Ahad (23 Julai 2006)... Wah!! Rasa cam best aje, tapi sayangnya aku tak ikut sekali sebab nak kene handle benda lain... So, masa nak bertolak tu, hari hujan agak lebat... Thrill la sikit... Baru adventure! Mereka semua menggunakan laluan lebuhraya utara selatan melalui Tanjung Malim untuk kesana... Masa dari office aku nak kene tol Jalan Duta, korang jangan terkejut... siap di escort dengan polis KL lagik!... Merasalah convoi 6 bijik kereta polis dan 3 buah motorsikal skuad peronda mengiringi dia orang sampai plaza tol... Selalunya kalau nak iring2 nie orang kenamaan aje kan yang dapatkan... Kali nie mereka bertuah... Tujuan escort nie pun bukan nak menunjuk nunjuk tapi nak dapatkan laluan clear... Maklumlah, pukul 5.00 petang tu kan time orang dah balik kerja... So, jalan memang jam.. Nak mengelakkan jam nie, mereka minta pihak polis tolong escort dan clearkan jalan....

Kat Tanjung Malim, mereka berhenti kejap... Minum petang dan buat persiapan terakhir (maksud aku... buang air puas2) sebab kat dalam hutan tu memang tak de tandas... Yang ade toilet sementara yang korang paham2 ajelah condition nya macam mane... kalau aku, tak sanggup beb nak buang air besar!! Baik aku buang abis2 sementara ade chance nie... Kalau tak pun, tahan ajelah sampai balik KL... Hehehehheheee... Kat Tanjung Malim nie, sempat gak mereka makan malam dan menikmati kuih PAU TANJUNG MALIM.. Korang kalau nak tahu, PAU TANJUNG MALIM memang terkenal dan sedap giler!!!... Itu mengikut kata penulis yang asal... So, merasalah dia orang nie makan...

Perjalanan diteruskan dan akhirnya selepas menempuh pelbagai cabaran, mereka sampai ke lokasi yang dituju lebih kurang jam 10.00 malam... Aduhh... kalau kita, mesti dah cari tempat tidur selepas perjalanan yang jauhkan?... Tapi bagi mereka, turun aje dari 4 wheel tu, kene keluarkan barang dan pasang khemah masing2... Hahahaa.... Kesian... Tapi tulah, kalau tak nak pasang khemah, tidurlah berlantaikan tanah berlangitkan bumbung.... Lagipun nie sebahagian daripada cabaran off-road nie..

Banyak gak aktiviti yang mereka lakukan kat sana.. Antaranya kerja amal dan menderma bahan makanan kepada masyarakat orang asli kat sana... Ini merupakan sebahagian dari tujuan ekspedisi ini... Sambil2 tu mereka ade menjalankan aktiviti riadah dan sukaneka kat sana just untuk merapatkan hubungan sesama staff... Kira enjoy jugaklah... Yang paling menarik, mereka nie semua berkesempatan joint orang asli menghadiri satu majlis bersuka ria yang dipanggil 'sewang'... Kira kalau kita kat bandar nie macam gie clubbing lah.. Heheheheheee... Quite OK gak... Menyeronokkan walaupun dalam serba kekurangan...

Aku tabik springla kat semua peserta ekspedisi kali ini.. Mereka semua memang high spirit... Sampai hari terakhir pun, mereka semua memang bersemangat habis.. Probably, lepas nie kami akan buat lagi kot.. Insya Allah...

Oklah, aku malas nak taip panjang2.. Nie pun dah panjang sangat dah nie.. Kalau orang nak tahu lagi, korang tengoklah gambar yang aku letak nie... Happy viewing !!!!





































 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.